Durian D99 Kop Kecil berasal dari Thailand [COMPLETED]
By Yu. Suffi Yusof - August 28, 2019
Jenis dari Thailand. Buahnya sederhana besar dan berbentuk bulat tetapi dempak ditangkai dan dihujung. Warna kulitnya hijau gangsa. Durinya halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal. Rasanya manis. Ira isinya halus dan lembek. - PVPBKKT
Terima kasih kepada Tg Adlie pemilik kepada Adlie's Orchard yang menyumbangkan gambar terkini Durian Kop Kecil D99 daripada Dusunnya. Manakala gambar Hujung pangsa dan biji diambil daripada PVPBKKT.
Jutaan Terima kasih kepada penyumbang gambar yang telah melengkapkan Info Grafik Varieti D99 iaitu :
Sumbangan anda amat membantu pekebun dan peminat durian untuk memahami dengan lebih mendalam ciri-ciri yang dimiliki oleh Durian D99 ini.
Berikut maklumat lanjut yang diperolehi dari pangkalan data PVPBKKT
Nombor Pendaftaran Variety : D99
Nama Varieti : Kop Kecil
Panjang Buah : sederhana(12.5cm)
Lebar Buah : sederhana(15cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 0.83:1
Saiz Buah : sederhana
Bentuk Buah : bulat
Bentuk Bahu Buah : melekuk
Bentuk Hujung Buah : melekuk
Panjang Tangkai Buah : pendek(3.5cm)
Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.1cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri kasar bergabung
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus pendek
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri halus pendek
Bentuk Pangsa Buah : berkop
Kejelasan Pangsa Buah : jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : besar dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : lurus tidak bertaup
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : perang kehijauan
Warna Pangkal Duri : hijau keperangan
Kesenangan Membuka Buah : sederhana
Tebal Kulit Buah : nipis(0.5cm)
Tempoh Masa Matang Buah : awal
Warna Isi : kuning
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : sederhana
Kemanisan Isi : manis
Rasa Pahit : sedikit
Rasa Lemak : sederhana
Tekstur Isi : sederhana
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sedikit
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.247
Bil. Ulas Sepangsa : 3
Peratus Biji Penuh : 61
Peratus Biji Separuh Penuh : 23
Peratus Biji Kesep : 16
Saiz Biji : sederhana
Durian ioi dengan id pendaftaran D168 Hjh Hasmah atau Mas Muar ini memang popular di kalangan penggemar durian.
Durian yang berduri lembut dan berwarna hijau ini jika dilihat dari jauh seakan-akan masih belum masak.
Mempunyai kulit bersaiz nipis, dan buahnya juga bila dipegang berasa ringan. Buah ini mempunyai berat 1.2KG dan dibeli dengan harga RM30 Sebiji.
Buah ini mungkin sudah hari kedua namun pangsa masih belum merekah. Apa yang menarik, saya membuka buah ini tanpa menggunakan pisau dan ternyata ianya dari jenis buah yang tidak susah untuk dibuka. Warna kuning dan oren yang terpancar sangat memikat hati!.
Memiliki tekstur isi yang lebih cair daripada D24 atau Musang King, Durian ioi memiliki rasa manis, lemak dan beraroma sederhana. Selain itu bau dan warna mampu menyebabkan kita berkata 'wow!' semasa membukanya!
Walaupun tidak semua berbiji kesep, namun isinya sangat tebal dan 3 ulas sudah cukup untuk menjadikan kita puas menikmatinya.
Berduri panjang dan lembut, kedudukan duri yang agak rapat, kulit nipis, biji kecil dan isi tebal menyebabkan saya berpendapat durian ini diantara varieti durian yang wajib ada di setiap dusun durian di Malaysia yang mengusahakan duriotourism .
Dengan menyajikan sesuatu yang bernilai komersial seperti ini kita dapat memuaskan hati pengunjung dengan menikmati durian yang enak dan berbaloi dengan bayaran yang mereka keluarkan!.
Buah durian ini diberi nama Durian Duri Landak sempena dengan durinya yang kelihatan seakan-akan duri landak.
Buah bersaiz sederhana, berlekuk dan panjang, mempunyai jumlah isi yang banyak dan setiap pangsa bahagian berbenjol tidak melebihi dua ulas.
Deskripsi rasa pula mempunyai rasa manis, lemak dan sangat sedikit pahit serta mempunyai gas dan aroma buah kampung.
50% daripada bijinya kesep, mempunyai isi yang tebal, lembut cair. Ciri-ciri yang boleh dikomersialkan untuk peminat durian kampung versi AAA.
Bentuk duri yang mudah untuk kita kenalpasti, tidak seperti durian lain yang durinya lurus. Bagi durian duri landak, durinya panjang dan membengkok di hujungnya.
Bentuk duri yang panjang ini membuatkan perbezaan dengan durian lain kelihatan amat ketara.
Usia pokok durian dianggarkan berumur 30 tahun.
Sekiranya anda memiliki durian 'rare' yang ingin diketengahkan, sila hubungi kami di Facebook untuk maklumat lanjut. Bersama kita bongkar 1001 khazanah negara yang belum diketahui ramai!
Hanya durian kampung! Persepsi pertama semasa melihat isi hanyalah sekadar "Ouh tidak kuning, tapi kenapa ada macam lebam-lebam pulak ni sedangkan buah baru dan tidak merekah".
Tahukah anda!? isi yang berwarna kehitaman itu adalah kawasan isi yang mempunyai rasa PAHIT yang amat sangat. Rupa-rupanya apabila Manis + Lemak + Pahit mendatangkan satu aroma dan keenakkan yang luar biasa!. Ya! isinya sangat sedap. Sehinggakan pahit itu bertahan di dalam tekak dalam tempoh yang agak lama.
Selain daripada mendapat 'KEPUASAN' yang dicari apabila menikmati durian ini, turut mempunyai gas yang luar biasa. Oleh yang demikian, dengan rasa yang enak, memiliki isi tebal, dan memuaskan rasa pemburu durian sedap maka saya bersetuju untuk menjadikan varieti ini sebahagian daripada penghuni di D'nims Duriotourism untuk dinikmati pengunjung pada suatu hari nanti.
Semua sedia maklum bahawa Musang King adalah nama komersial kepada Durian Raja Kunyit yang didaftarkan oleh Wee Chong Beng pada tahun 1993. Pokok asal durian ini berada di Tanah Merah Kelantan. Berdasarkan info daripada sifu durian, pokok durian ini mula ditanam secara komersial di Gua Musang, Kelantan dan dijenamakan semula dengan panggilan Musang King sempena nama tempat pokok durian ini dikomersialkan. Seterusnya ditanam dengan begitu banyak di Raub, Pahang. Sehingga kini, bila ditanya kepada penjual durian mana, kebanyakkan daripada mereka akan mengatakan durian Raub, Pahang.
Hakikatnya varieti ini adalah dari susur galur yang sama cuma ditanam di tempat yang berbeza dan melalui fasa penjenamaan mengikut pemilik dusun dan pasti akan mula meletup apabila rasanya yang menarik, bekalan yang banyak dan memenuhi citarasa kebanyakkan peminat durian!.
Walaupun asalnya dari pokok yang sama, namun keunikkan durian atau Raja Buah ini tidak dinafikan kerana faktor cuaca seperti suhu, taburan hujan, jenis tanah, dan faktor fizikal persekitaran menyebabkan buah ini akan tetap ada kelainan terutamanya dari segi rasa. Berdasarkan pengalaman, walaupun buah daripada Raub, Pahang tetapi mempunyai rasa yang berbeza mungkin datang daripada kebun yang berbeza.
Walaupun ada perbezaan, namun tidak terlalu ketara kepada bentuk duri, biji, daun dan kanopi pokok. Hal ini menyebabkan durian boleh dikategorikan buah yang mempunyai 1001 rasa dan ianya sangat unik!
Kesemua gambar infografik di atas dikongsikan oleh Raja Ahmad Zulfakar Nikphol yang merupakan pemilik gambar dan juga pokok yang sedang berbuah! ini adalah contoh buah daripada varieti D197 atau dengan nama komersialnya Musang King dan pohon ini berada di Tanah Merah, Kelantan iaitu tempat asal lahirnya durian Musang King.
Berdasarkan maklumat daripada Raja Ahmad Zulfakar Nikphol mendapati terdapat perbezaan antara Raja Kunyit (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di tempat asalnya) dan Musang King (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di luar tempat asalnya).
Perbezaan ini boleh diraikan dengan membezakan antara RAJA KUNYIT dan MUSANG KING hanya dengan nama panggilan kita sudah boleh mengetahui daripada mana buah ini datang. Sebagai contoh, jika terlihat ada papan tanda menulis RAJA KUNYIT, secara langsung kita tahu buah ini datang dari Tanah Merah. Para peniaga juga kena bijak membezakan penggunaan supaya perbezaan dan kepelbagaian ini dapat diraikan bersama.
Kepada pembaca yang mempunyai gambar varieti D197 yang di tanam di lokasi selain tanah merah dan ingin turut serta menyumbang untuk melihat perbezaan dan kepelbagaian ini boleh hubungi admin untuk diwujudkan infografik D197 versi lokasi anda. Terima Kasih.
kami mengalu-alukan anda untuk menyumbang melalui link berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfSm_I_ghyYtCPYW054-14FLYrkhWiCeml9zvK5KlFx5qBrw/viewform
Durian Labu Emas / Yaw Lin Ci / สวนแฮปปี้-ทุเรียนยาวลิ้นจี่ / durianlychee
By Yu. Suffi Yusof - July 12, 2019
Durian Labu Emas / Yaw Lin Ci / สวนแฮปปี้-ทุเรียนยาวลิ้นจี่ / durianlychee berasal dari Betong, Thailand. Durian ini diberi nama Labu Emas sempena bentuk buahnya seakan-akan labu dan isinya berwarna keemasan. Berbiji serderhana dan mempunyai isi yang tebal.
Terima kasih kepada Wantanganhijau yang memperkenalkan buah ini di Malaysia dan tidak lupa orang penting dalam kemasukkan varieti ini ke Malaysia iaitu Sifu Pow Chiok KG. Sumber grafik ini diperoleh daripada Sifu Pow Chiok KG dan dari facebook Durianlychee sendiri.
Berdasarkan info yang diterima dari Sifu Pow Chiok KG, buah ini mempunyai rasa yang lebih kurang sama dengan lain-lain varieti dari Thailand. Terlalu subjektif untuk dibandingkan dengan durian yang sedia ada di Malaysia, oleh yang demikian kita perlu tanam di Malaysia dan rasa buah yang gugur dari pokok dan bukannya diperam.
Jutaan terima kasih kepada Sifu Pow Chiok KG kerana memudahkan lagi pekebun-pekebun di Malaysia untuk mencuba Varieti ini sempena dengan kunjungan beliau ke sana dan telah menikmati buah yang berbentuk dan berwarna menarik ini!.
Berdasarkan laman facebook durianlychee mendapati halamannya mula dibuka pada 27 April 2018. Semoga nanti ada peluang untuk duriotourism.com melakukan review dan perbandingan yang lebih terperinci dengan varieti ini.
Isi Durian Labu Emas / Yaw Lin Ci / สวนแฮปปี้-ทุเรียนยาวลิ้นจี่ / durianlychee
Sifu Pow Chiok KG bersama buah durian labu emas

Sifu Pow Chiok KG bersama pemilik asal varieti Durian Labu Emas / Yaw Lin Ci / สวนแฮปปี้-ทุเรียนยาวลิ้นจี่ / durianlychee
Menurut keterangan daripada PVPM Jabatan Pertanian menjelaskan bahawa Durian Gabai ini mempunyai ciri-ciri seperti Buah berbentuk bujur, kulit berwarna hijau, berlekuk di bahagian hujung buah. Isi berwarna kuning, sederhana tebal, rasanya lemak, sederhana manis sedikit pahit.
Gambar-gambar di dalam infografik diperolehi daripada Sifu Hew Chen Choi salah seorang Admin di Group Facebook 'Pekebun dan pemilik dusun durian Malaysia' . Beliau memiliki butiran lanjut berkenaan varieti ini dan juga ada penulisan (tulisan tangan) berkaitan ciri-ciri buah D194 Gabai ini termasuk gambar pokok yang didaftarkan berada di dalam koleksi beliau.

Berdasarkan pengamatan kepada post-post beliau, saya mendapati beliau layak bergelar 'Sifu' kerana mempunyai ilmu yang tinggi dalam dunia tanaman Durian berdasarkan begitu banyak 'bahan-bahan sejarah' yang disimpan di dalam koleksinya. Ini menunjukkan beliau telah lama menyimpan rekod-rekod varieri terbaik di Malaysia. Duriotourism.com akan cuba untuk berjumpa dengan Sifu Hew dan kita akan sebarkan lebih banyak varieti menarik yang berada di dalam simpanannya.
Rare - Durian Tok Merah damak yang dikongsikan oleh pengguna facebook bernama pena Lepat Hampeh diantar penyumbang besar untuk infografik durian di duriotourism.com
Untuk makluman, durian ini belum berdaftar namun difahamkan dibiakkan selepas memenangi sebuah pertandingan durian pada tahun 1990 kemudian dibiakkan pada tahun 1991. Durian yang dikatakan berasal dari Damak, Jerantut Pahan ini memiliki ciri-ciri dan warna seakan-akan D200 iaitu durian Duri Hitam atau Ochee.
Memiliki isi yang tebal, biji bersaiz kecil dan warna yang sangat menarik.
Dari aspek rasa belum dapat diulaskan kerana kami tidak lagi berkesempatan untuk merasai buah 'rare' ini yang dijangkan akan menjadi buruan peminat-peminat durian di luar sana.
Review berkaitan rasa akan dibuat setelah kami menerima peluang untuk menikmati buah ini dan akan dikongsikan di dalam entry ini. Pastikan anda sentiasa melihat perkembangan terkini.
Terima kasih kepada Lepat Hampeh yang sudi berkongsi koleksi durian rare dengan duriotourism.com
Menurut sumber daripada PVPM Malaysia, menerangkan bahawa Durian Kim Hong ini Isi tebal, Biji Kesep, Warna isi kuning pucat atau krim. warna biji cokelat pucat, Ketebalan kulit buah adalah sederhana (9.24mm). Bentuk kudup bunga sebelum kembang: eliptik. Bentuk daun: eliptik.
Durian yang mempunyai warna berkrim ini memiliki peminatnya yang tersendiri. Berdasarkan saiz biji, menunjukkan keupayaan membekalkan jumlah isi jauh lebih banyak daripada durian biasa. Berbiji kesep merupakan satu tarikan kepada syarat sesuatu klon itu mendapat tempat di hati peminat durian tanah air.
Jutaan terima kasih kepada penyumbang gambar bagi klon D198 Durian Kimhong iaitu @pertanian satu perniagaan, PChien Chien dan Zaman jamil.
Duriotourism.com masih mencari gambar bagi bentuk daun, flower bud dan hujung pangsa. Jika anda memiliki butiran untuk melengkapkan infografik di atas, mohon segera berhubung melalui facebook di alamat fb.me/duriotourismmalaysia
Terima Kasih.
Durian Kampung dari Kampung Tualang, Perak.
6 Biji RM58, 5 Biji Fresh, 1 biji buah lebih sehari tapi rasa masih ok.
100% puas hati. Peniaga cukup mengenali semua buah yang dijual, dia juga ambil buah cai dari pokok yang sama untuk dijadikan contoh jika pelanggan nak rasa sebelum beli. Warna, rasa, siapa pemilik buah semua dalam ingatan.
Musim depan pasti nak repeat order.
Lokasi :
Near Kampung Tualang, 32700 Ayer Tawar, Perak
https://goo.gl/maps/FTRMav2ihWzJaZuE7
6 Biji RM58, 5 Biji Fresh, 1 biji buah lebih sehari tapi rasa masih ok.
100% puas hati. Peniaga cukup mengenali semua buah yang dijual, dia juga ambil buah cai dari pokok yang sama untuk dijadikan contoh jika pelanggan nak rasa sebelum beli. Warna, rasa, siapa pemilik buah semua dalam ingatan.
Musim depan pasti nak repeat order.
Lokasi :
Near Kampung Tualang, 32700 Ayer Tawar, Perak
https://goo.gl/maps/FTRMav2ihWzJaZuE7
Jom dapatkan Durian terbaik di Dusun yang telah dibuka kepada pengunjung!
By Yu. Suffi Yusof - June 24, 2019
Di sini saya senaraikan beberapa lokasi terbaik untuk dapatkan durian dan menikmati kelazatan serta keindahan dari dalam dusun! Tempah segera sebelum terlambat.
Dusun Durian Teratak Chu Tiah
RM35/Head, Stay
+60193133358
+60192990313
Changlun, Kedah
Haw Kee Durian Orchard
+60122838610
Jelebu, Negeri Sembilan
Durian Festival BGR
Durian Contest
+60389299888
Bangi,Selangor
Duriotourism K.Kangsar
+60136487516
24.06 - 14.07.2019
Kuala Kangsar,Perak
Mizi Agro Farm
+60199775727
RM1o/kg Farm Visit
Marang, Terengganu
RM35/Head, Stay
+60193133358
+60192990313
Changlun, Kedah
Haw Kee Durian Orchard
+60122838610
Jelebu, Negeri Sembilan
Durian Festival BGR
Durian Contest
+60389299888
Bangi,Selangor
Duriotourism K.Kangsar
+60136487516
24.06 - 14.07.2019
Kuala Kangsar,Perak
Mizi Agro Farm
+60199775727
RM1o/kg Farm Visit
Marang, Terengganu
MARANG - Ribuan pohon durian ditanam di DUN Pengkalan Berangan menjadikan kawasan itu sebagai pusat pengeluar durian utama di daerah ini dan destinasi pelancongan unik untuk dikunjungi.
Malah lebih istimewa pelbagai aktiviti ditawarkan kepada pengunjung termasuk bermalam di dusun durian bagi merasai kehidupan di dusun durian sambil mengutip dan menikmati raja buah itu.
Salah seorang pengusaha terbabit, Mohd Tamizi Mamat, 31, berkata, usaha itu dapat memberi pulangan tambahan kepada pengusaha dan merancakkan perkembangan ekonomi setempat.
"Ramai pengusaha kebun durian di DUN Pengkalan dan apabila tiba musim durian, pengunjung luar datang bukan sahaja makan durian tetapi bercuti bersama keluarga di sini," katanya.
Mohd Tamizi menawarkan pakej bermalam di dusun duriannya bermula pertengahan Julai.
Dusun durian milik keluarga Mohd Tamizi seluas kira-kira 0.6 hektar kini menjadi pakej pelancongan apabila dia menawarkan pakej bermalam di kebun durian sambil menikmati raja buah itu.
Ia memberi pengalaman berbeza kepada penggemar durian merasai pengalaman bermalam di kebun durian sambil mengutip buah luruh serta menikmatinya dalam kebun durian tersebut.
Mengulas lanjut, Mohd Tamizi berkata, pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM200 bermula 10 malam sehingga pagi manakala setiap satu kilogram buah durian dicaj RM10.
"Kita tidak menghadkan jumlah pengunjung tetapi setiap kumpulan perlu membuat tempahan terlebih dahulu dan pakej bermalam di dusun ini akan bermula pada pertengahan Julai ini," katanya.
Tahun lalu, pemilik dusun raja buah di Kampung Jerung Surau itu berkongsi rezeki tanamannya dengan menyediakan lebih 100 biji buah durian dan raja buah itu dihidangkan secara percuma.
Tahun lalu juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim turut memenuhi undangan untuk bersama Pemuda Pas Dun Pengkalan Berangan menikmati raja buah di dusunnya.
Menurut Mohd Tamizi, program makan durian percuma tahun lalu itu untuk memberi peluang kepada rakan-rakannya menikmati raja buah memandangkan harga pasarannya agak tinggi ketika itu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31557/EDISI/Terengganu/Bermalam-sambil-nikmati-raja-buah-di-dusun-durian?fbclid=IwAR0WAf5GpAEIAX8Jc1HBSXMF2iwKedGA8OFDH_j4Yoxf60lxouL-sm3FonM
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pemilik Nursery terkenal dengan stok baka durian 'rare' iaitu Wanie Toriry Nursery daripada Famies Group yang berpangkalan di Kuala Kangsar baru-baru ini memuat naik foto isi durian Sri Kaya yang menyelerakan!
Selain daripada itu, Saudara Haiman Ismail juga memuat naik gambar Durian Sri Kaya D155 melalui Page Pertanian Kebun dan Bandaran seperti berikut :
Semoga dengan adanya pelbagai varieti baru diketengahkan dapat merancakkan lagi industri durian negara. Sumber kekayaan baharu negara!
Sekiranya anda mempunyai item yang belum diperolehi boleh membantu kami dengan menghantar butirannya melalui pautan berikut :
Terima kasih.