Translate Duriotourism.com

Durian Raja Kunyit VS Musang king!

By Suffi Yusof - July 19, 2019



Semua sedia maklum bahawa Musang King adalah nama komersial kepada Durian Raja Kunyit yang didaftarkan oleh Wee Chong Beng pada tahun 1993. Pokok asal durian ini berada di Tanah Merah Kelantan. Berdasarkan info daripada sifu durian, pokok durian ini mula ditanam secara komersial di Gua Musang, Kelantan dan dijenamakan semula dengan panggilan Musang King sempena nama tempat pokok durian ini dikomersialkan. Seterusnya ditanam dengan begitu banyak di Raub, Pahang. Sehingga kini, bila ditanya kepada penjual durian mana, kebanyakkan daripada mereka akan mengatakan durian Raub, Pahang. 

Hakikatnya varieti ini adalah dari susur galur yang sama cuma ditanam di tempat yang berbeza dan melalui fasa penjenamaan mengikut pemilik dusun dan pasti akan mula meletup apabila rasanya yang menarik, bekalan yang banyak dan memenuhi citarasa kebanyakkan peminat durian!.

Walaupun asalnya dari pokok yang sama, namun keunikkan durian atau Raja Buah ini tidak dinafikan kerana faktor cuaca seperti suhu, taburan hujan, jenis tanah, dan faktor fizikal persekitaran menyebabkan buah ini akan tetap ada kelainan terutamanya dari segi rasa. Berdasarkan pengalaman, walaupun buah daripada Raub, Pahang tetapi mempunyai rasa yang berbeza mungkin datang daripada kebun yang berbeza.

Walaupun ada perbezaan, namun tidak terlalu ketara kepada bentuk duri, biji, daun dan kanopi pokok. Hal ini menyebabkan durian boleh dikategorikan buah yang mempunyai 1001 rasa dan ianya sangat unik!

Kesemua gambar infografik di atas dikongsikan oleh Raja Ahmad Zulfakar Nikphol yang merupakan pemilik gambar dan juga pokok yang sedang berbuah! ini adalah contoh buah daripada varieti D197 atau dengan nama komersialnya Musang King dan pohon ini berada di Tanah Merah, Kelantan iaitu tempat asal lahirnya durian Musang King.

Berdasarkan maklumat daripada Raja Ahmad Zulfakar Nikphol mendapati terdapat perbezaan antara Raja Kunyit (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di tempat asalnya) dan Musang King (panggilan untuk durian D197 yang ditanam di luar tempat asalnya).

Perbezaan ini boleh diraikan dengan membezakan antara RAJA KUNYIT dan MUSANG KING hanya dengan nama panggilan kita sudah boleh mengetahui daripada mana buah ini datang. Sebagai contoh, jika terlihat ada papan tanda menulis RAJA KUNYIT, secara langsung kita tahu buah ini datang dari Tanah Merah. Para peniaga juga kena bijak membezakan penggunaan supaya perbezaan dan kepelbagaian  ini dapat diraikan bersama.

Kepada pembaca yang mempunyai gambar varieti D197 yang di tanam di lokasi selain tanah merah dan ingin turut serta menyumbang untuk melihat perbezaan dan kepelbagaian ini boleh hubungi admin untuk diwujudkan infografik D197 versi lokasi anda. Terima Kasih.
kami mengalu-alukan anda untuk menyumbang melalui link berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScfSm_I_ghyYtCPYW054-14FLYrkhWiCeml9zvK5KlFx5qBrw/viewform

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Try send sy no tel untuk contact mana tempat ni...?tq

    ReplyDelete