D160 - Tekka / Musang Queen / Buluh Bawah

D160 - Tekka / Musang Queen / Buluh Bawah


D160 - Buluh Bawah  / Tekka /  Musang Queen

Menurut sumber daripada PVPBKKT mendapati durian ini didaftarkan dengan nombor pendaftaran varietinya D160. Pendaftaran dengan nama  'Buluh Bawah' ini dilakukan pada 30 Jun 1987 oleh Lim Hai Chua yang beralamat di Banting, Selangor. 

Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam pendaftaran ialah berbuah besar (3kg), bujur panjang, berkulit hijau, duri kasar, pendek dan buah senang dikopek. Ulasnya besar, tebal, pejal dan berwarna kuning oren. Mutunya baik. Rasa lemak manis.

Namun penggemar yang pernah menikmati Durian Tekka ini mempunyai pandangan yang berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Database PVPM :





Jutaan terima kasih kerana memberi maklumbalas terkini berkenaan rasa sebenar Durian Tekka.

walau bagaimanapun, warna kulit hijau atau sedikit keperangan kadangkala dipengaruhi oleh kaedah pembajaan. 

D160 juga dikatakan pasangan kepada MUSANG KING lalu diberi gelaran MUSANG QUEEN mungkin kesinambungan di sebalik setiap ciptaan yang dihadirkan dalam berpasangan. Oleh yang demikian, D160 dipilih oleh peminat durian sebagai pasangan yang paling sesuai dengan D197. Kriteria pemilihan pasangan ini mungkin berkaitan rasa, kualiti buah, dan peratusan isi yang mirip atau hampir sama dengan pasangannya. Jika tidak bagaimana boleh diletakkan sebelah D197 yang sudah dikenali seluruh dunia!. 

According to sources from PVPBKKT, this durian is registered with the D160 variety registration number. Registration under the name 'Bamboo Bottom' was held on June 30, 1987 by Lim Hai Chua bearing in Banting, Selangor.

Among the features listed in the registration is the large fruit (3kg), long oval, green skin, crude spines, short and easy-to-eat fruit. The review is large, thick, solid and orange-yellow. Good quality. Sweet fat.

However, the color of green skin or a bit of bark is sometimes influenced by the tempering method.

D160 is also said to pair MUSANG KING and given the MUSANG QUEEN title may be the continuation behind every invention presented in the pair. Therefore, the D160 is chosen by the durian enthusiast as the most suitable pair of D197. This pair selection criteria may relate to the taste, the quality of the fruit, and the percentage of content that is similar or nearly identical to its partner. Otherwise it can be placed next to the world-famous D197 !.



Infografik di atas menggabungkan beberapa item penting yang diperolehi daripada sumber yang sah untuk memudahkan peminat durian mengenali dengan lebih mendalam tentang varieti ini. 

Jutaan terima kasih kepada Durian King Kaki sebuah page yang sentiasa menyiarkan koleksi durian pelbagai varieti yang berdaftar dan belum didaftarkan. Terima kasih kerana sudi menyumbang gambar durian Tekka yang menyelerakan! 


The above infographics combine some of the key items obtained from legitimate sources to facilitate durian fans to know more about this variety.

Thank you Durian King Kaki for a page that regularly publishes a variety of registered and unregistered durian collections. Thank you for contributing Tekka's delicious durian pictures!


Berikut sedikit petikan daripada media Malaysia berkenaan D160 :

Durian Tekka mempunyai rasa yang hebat dimana ia juga mempunyai bau atau aroma yang kuat serta mengandungi kalori yang tinggi. Kepada peminat durian yang suka akan rasa manis pilih durian Tekka kerana dijamin ia memang manis dengan kandungan gula tinggi dan lemak. Sekali dusah dapat rasa durian Tekka maka peminat durian pasti akan mencarinya lagi selepas itu. Isi durian Tekka biasanya tebal dengan saiz bijinya yang selalunya kecil memberikan kepuasan memakannya. Hanya mengambil 3-4 ulas isi durian Tekka biasanya anda sudah kenyang dan puas makan durian ini. Apabila memilih durian Tekka di gerai buah-buahan tidak perlulah memilih buah yang bersaiz besar kerana buah yang bersaiz sederhana sahaja sudah memadai untuk anda memakannya dan puas hati. Ini kerana isinya tebal, rasa manis dan biji yang selalunya kecil atau kesep memberikan kepuasan sewajarnya. Buah durian Tekka yang beratnya hanya sekitar 3 kg sudah mencukupi untuk dimakan berbanding dengan membeli 3-4 biji durian varieti lain yang kurang popular. Apabila makan isinya yang berkrim dan enak membolehkan anda akan berpuashati dengan varieti durian ini. Isi ini yang dipanggil 'extra creamy' dibahagian luar isinya memberikan rasa melekit yang paling dirasakan berbanding dengan varieti durian lain. Daripada analisa makmal dilaporkan setiap 100 gram durian Tekka yang dimakan mengandungi 153 kilo kalori tenaga. Kepada mereka yang ingin mendapatkan kalori tenaga yang banyak boleh memilih durian Tekka sebagai pilihan. Penulis blog mberpeluang makan durian Tekka ini beberapa kali semasa membuat pemantauan diladang durian.  - Animhosnan






JIKA kebiasaannya Musang King menjadi pilihan ramai tiap kali tibanya musim durian, apa kata kita cuba pula mengenali 'permaisuri' sang raja, Musang Queen yang juga dikenali sebagai durian Tekka.
Dengan rasa lemak, manis, selain isi yang tebal serta warna kuning kunyit, ia ternyata menarik perhatian ramai dan tidak hairanlah Tekka tersenarai antara durian terbaik di negara ini.
Ikuti laporan yang disediakan wartawan mStar Tv, Muhammad Adnan.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/08/30/durian-tekka/#pDrULkdkLvidXqKC.99

Manakala Harian Metro pula melaporkan :

Ramai maklum durian Musang King dengan isinya yang kuning keemasan, berkilat dan tebal. Tekstur isinya pula cukup halus, melekit dan berkrim, manakala rasanya lemak manis, sedikit pahit dan mempunyai aroma yang kuat.
Namun, ramai yang tidak tahu durian itu ada pasa­ngannya, durian Musang Queen. Nama asal durian ini adalah durian Tekka atau Buluh Bawah sebelum dijenamakan semula kepada durian Musang Queen pada Disember tahun lalu. - HMetro



Melihat kepada jumlah isi yang banyak mungkin setanding musang king yang memiliki isi sebanyak 60% bernilai komersial yang tinggi. 


Looking at the vast amount of content may be comparable to the king's fox that has a high 60% commercial value.


Biji juga kesep memberikan persamaan dengan D197 - Musang King yang menunjukkan peratusan biji kesep yang tinggi. 

The seeds also give a similarity to the D197 - Musang King which shows a high percentage of small seeds.



Gambar ini diperoleh daripada saudara Zaman Jamil selaku pemilik Zaman Resources Trading yang menawarkan perkhidmatan jualan anak pokok dan buah durian berkualiti terbaik! 

Page Pakej Percutian juga pernah memuat naik satu post berkaitan durian Tekka yang dijual oleh Pakcik Bakar, lihat sendiri bagaimana kualiti buah, isi dan rasa yang sangat menarik!.

This picture was obtained from Zaman Jamil's brother as the owner of Zaman Resources Trading which offers the best quality seedlings and durian fruit service!

Page Vacation Packages have also uploaded a Tekka durian post sold by Pakcik Bakar, see how the quality of the fruit, its content and taste are very exciting !.


Sekiranya anda memilik gambar 'Flower bud' , bentuk daun, dan biji Varieti ini, sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar. 



If you have a picture of 'Flower bud', leaf shape, and seeds of this Variety, please CLICK this link to make a picture.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top