D194 Durian Gabai

D194 Durian Gabai




Menurut keterangan daripada PVPM Jabatan Pertanian menjelaskan bahawa Durian Gabai ini mempunyai ciri-ciri seperti Buah berbentuk bujur, kulit berwarna hijau, berlekuk di bahagian hujung buah. Isi berwarna kuning, sederhana tebal, rasanya lemak, sederhana manis sedikit pahit.

Gambar-gambar di dalam infografik diperolehi daripada Sifu Hew Chen Choi salah seorang Admin di Group Facebook 'Pekebun dan pemilik dusun durian Malaysia' . Beliau memiliki butiran lanjut berkenaan varieti ini dan juga ada penulisan (tulisan tangan) berkaitan ciri-ciri buah D194 Gabai ini termasuk gambar pokok yang didaftarkan berada di dalam koleksi beliau. 

No photo description available.

Berdasarkan pengamatan kepada post-post beliau, saya mendapati beliau layak bergelar 'Sifu' kerana mempunyai ilmu yang tinggi dalam dunia tanaman Durian berdasarkan begitu banyak 'bahan-bahan sejarah' yang disimpan di dalam koleksinya. Ini menunjukkan beliau telah lama menyimpan rekod-rekod varieri terbaik di Malaysia. Duriotourism.com akan cuba untuk berjumpa dengan Sifu Hew dan kita akan sebarkan lebih banyak varieti menarik yang berada di dalam simpanannya. 


Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Comments

  1. Salam Sejahtera Cikgu Suffi, boleh buat review ladang Zhong Cheng di Johor? Terdapat Buah durian limited edition disana, yang terkenal buah "green dragon" isi tebal & pahit, lemak manis. Yg dua lagi dah lupa nama nya... Ladang tersebut memang popular dengan pelancong dari singapura bila musim durian tiba... rasanya musim akan datang bulan Januari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera.. boleh2 nanti saya cuba dapatkan.

      Delete
To Top