D202 - Durian Apian
Durian Apian dengan nombor pendaftaran varieti D202 didatarkan oleh saudara Lee Kwee Thye daripada Johor mengetengahkan varieti baru dengan warna kombinasi putih susu dan sedikit kemerahan dan berbiji kesep. Menurut pendapat peminat durian yang telah menikmati Durian Apian ini menyatakan bahawa durian ini manis lemak, sedikit pahit dan melekit serta mempunyai biji kesep sehingga 70%.
Jutaan terima kasih kepada Saudara Zaman Jamil yang sudi berkongsi gambar dan rasa dengan Duriotourism.com untuk tatapan peminat tegar durian tempat di luar sana.
Maklumat terperinci Durian Apian ini mungkin akan dimasukkan dalam masa terdekat di PVPM Jabatan Pertanian, bersama kita nantikan butirannya yang lebih terperinci.
Sekiranya anda ingin menyumbang gambar untuk melengkapkan infografik di atas, sila sila klik link ini . Semoga sumbangan anda dapat memeriahkan lagi industri durian negara yang kian mendapat tempat di dalam dan luar negara.
Berikut perkongsian Saudara Zaman Jamil untuk Durian Apian D202 :
Post a Comment