D145 - Durian Beserah

D145 - Durian Beserah




Durian Tuan Mek Hijau / Beserah didaftarkan dengan Nombor pendaftaran Varieti D145 ini lebih popular dengan panggilan Durian Beserah. Didaftarkan oleh Encik Khidzir Engku Ali dari Beserah, Pahang. Umumnya sedia maklum durian pahang mempunyai citarasa yang unik dan keunikkan ini yang menyebabkan ianya didaftarkan dan kini mendapat penghargaan daripada seluruh peminat durian tanah air. 

Sebelum mengulas lanjut, team DT (Duriotourism.com) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada EN Khidzir Engku Ali yang telah mendaftarkan varieti ini pada 30.10.1981 untuk dinikmati oleh masyarakat Malaysia sehingga pada hari ini. Penghargaan juga kepada PVPM yang menyediakan database lengkap berkenaan maklumat durian ini, serta tidak lupa generasi terkini yang memiliki buah ini iaitu Saudara Lepat Hampeh dan Nor Aimran yang sudi berkongsi gambar terkini Durian Beserah pada tahun 2019. Sememangnya klon ini masih dikembangkan dan dinikmati oleh penggemar durian seluruh negara.

Diantara ciri-ciri buah durian D145 Beserah ialah berbuah besar, berbentuk bulat, warna hijau dan kulitnya sederhana tebal. Ulasnya sederhana tebal, berwarna kuning, ira isinya halus, biji penuh dan sederhana besar. Rasa lemak manis.


Nombor Pendaftaran Variety : D145
Nama Varieti : Beserah
Panjang Buah : sederhana(15.5cm)
Lebar Buah : sederhana(19.0cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 0.82:1
Saiz Buah : sederhana(1.62kg)
Bentuk Buah : bulat
Bentuk Bahu Buah : sedikit rata
Bentuk Hujung Buah : rata
Panjang Tangkai Buah : sederhana(4.0cm)
Garispusat Tangkai Buah : sederhana(1.25cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri kasar
Susunan Duri DiHujung Buah : duri kasar
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri kasar panjang
Bentuk Pangsa Buah : tidak berkop
Kejelasan Pangsa Buah : tidak jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : kecil dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : sedikit bengkok bertaup kedalam
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : hijau tua
Warna Pangkal Duri : hijau tua
Kesenangan Membuka Buah : senang
Tebal Kulit Buah : nipis(0.85cm)
Tempoh Masa Matang Buah : sederhana
Warna Isi : kuning
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : sederhana
Kemanisan Isi : sederhana
Rasa Pahit : sedikit
Rasa Lemak : kuat
Tekstur Isi : halus
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sederhana
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.265
Bil. Ulas Sepangsa : 4
Peratus Biji Penuh : 78.9
Peratus Biji Separuh Penuh : 15.8
Peratus Biji Kesep : 5.3
Saiz Biji : sederhana

Sumber : http://pvpbkkt.doa.gov.my

Berikut adalah gambar terkini yang dikongsikan oleh saudara Lepat Hampeh , Nor Aimran , Dunia Merah  , Razit Mohamad dan Mohd Asmadi Din . Sekiranya anda ingin menikmati Durian Beserah boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan lokasi untuk dapatkannya.












Sekiranya anda memilik varieti lain yang lebih menarik!  sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar dan butirannya. 




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top