D2 - Durian D2 Dato' Nina

D2 - Durian D2 Dato' Nina


Buahnya sederhana besar dan kulitnya berwarna hijau gangsa. Durinya pendek, kulit nipis tetapi susah dibuka. Tangkai buah pendek dan besar. Isi berwarna kuning keemasan. Mutu buah sangat baik, rasanya lemak manis. Hasilnya rendah.

The fruit is medium large and the skin is green bronze. Its durability is short, thin skin but hard to open. Fruit stumps are large and large. The golden yellow content. Fruit quality is very good, sweet fat taste. The results are low.



InfoGrafik di atas dibina untuk memudahkan peminat durian dan penanam durian mengenalpasti varieti buah durian D2 Dato Nina. Walaupun yang demikian masih terdapat beberapa gambar yang masih belum diperolehi. Sekiranya anda mempunyai gambar yang masih belum lengkap dalam infografik di atas mohon berikan sumbangan melalui link berikut : KLIK DI SINI

The above Graphic info is built to facilitate durian and durian enthusiasts to identify D2 Dato Nina durian varieties. Even so is still some of the still images that are still missing. If you have a picture that is still incomplete in the above infographics please donate via the following link:  CLICK HERE


Nombor Pendaftaran Variety : D2
Nama Varieti : Dato Nina
Panjang Buah : Sederhana(23.6 cm)
Lebar Buah : Sederhana(15.5 cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 1.5:1
Saiz Buah : Sederhana(1.7 cm)
Bentuk Buah : ovat
Bentuk Bahu Buah : Berleher
Bentuk Hujung Buah : Meruncing
Panjang Tangkai Buah : Pendek(3.6 cm)
Garispusat Tangkai Buah : Sederhana( cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : Duri halus bergabung. tapak kecil
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus bergabung tapak sederhana
Bentuk Duri DiPangsa Buah : Duri saiz sederhana dan pendek
Bentuk Pangsa Buah : sedikit berkop
Kejelasan Pangsa Buah : jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : besar dari duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : lurus tidak bertaup dan terdapat duri halus
Warna Hujung Duri : Perang
Warna Tengah Duri : Hijau gangsa
Warna Pangkal Duri : Hijau gangsa
Kesenangan Membuka Buah : Susah
Tebal Kulit Buah : Sederhana(0.9 cm)
Tempoh Masa Matang Buah : Sederhana
Warna Isi : Oren
Saiz Ulas : Sederhana
Tebal Isi : Tebal
Kemanisan Isi : Sangat Manis
Rasa Pahit : Sedikit
Rasa Lemak : Sederhana
Tekstur Isi : Halus
Kepejalan Isi : Lembik
Aroma Isi : Kuat
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.286
Bil. Ulas Sepangsa : 2
Peratus Biji Penuh : 44.4
Peratus Biji Separuh Penuh : 0
Peratus Biji Kesep : 55.6
Saiz Biji : Sederhana

- Sumber Pvpbkkt 

Jom cuci mata dengan melihat buah dari varieti D2 yang dimuat naik oleh rakan-rakan pekebun durian Malaysia di facebook PPDM :






Dikongsi oleh saudara Zaman Jamil 



Dikongsi oleh saudara Muhammad Dzuhrin Zaine


Sekiranya anda memilik varieti lain yang lebih menarik!  sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar dan butirannya. 




Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top