Durian Duri Landak berbiji kesep!

Durian Duri Landak berbiji kesep!



Buah durian ini diberi nama Durian Duri Landak sempena dengan durinya yang kelihatan seakan-akan duri landak. 

Buah bersaiz sederhana, berlekuk dan panjang, mempunyai jumlah isi yang banyak dan setiap pangsa bahagian berbenjol tidak melebihi dua ulas. 


Deskripsi rasa pula mempunyai rasa manis, lemak dan sangat sedikit pahit serta mempunyai gas dan aroma buah kampung. 


50% daripada bijinya kesep, mempunyai isi yang tebal, lembut cair. Ciri-ciri yang boleh dikomersialkan untuk peminat durian kampung versi AAA. 



Bentuk duri yang mudah untuk kita kenalpasti, tidak seperti durian lain yang durinya lurus. Bagi durian duri landak, durinya panjang dan membengkok di hujungnya. 



Bentuk duri yang panjang ini membuatkan perbezaan dengan durian lain kelihatan amat ketara. 

Usia pokok durian dianggarkan berumur 30 tahun. 

Sekiranya anda memiliki durian 'rare' yang ingin diketengahkan, sila hubungi kami di Facebook untuk maklumat lanjut. Bersama kita bongkar 1001 khazanah negara yang belum diketahui ramai! 





Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

2 Comments

  1. Replies
    1. Belum ada Tuan, musim akan datang saya cuba dapatkan pokok induk dulu.

      Delete
To Top