Majlis berbuka puasa bersama pekebun dan pengusaha pusat Agropelancongan #Duriotourism

Majlis berbuka puasa bersama pekebun dan pengusaha pusat Agropelancongan #Duriotourism



Tanam Durian Teknik Siam (TDTS) melalui Founder Page Saudara Raymond Jewel & Tuan Haji Khuzaifah Azlan baru-baru ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama pemilik kebun dan pengusaha pusat Agropelancongan berasaskan durian yang berlangsung di KUeH Cafe, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor.

Tanam Durian Teknik Siam (TDTS) through Founder Page Brother Raymond Jewel & Tuan Haji Khuzaifah Azlan recently hosted a Breaking Fast Ceremony with the owner of the durian-based agro-tourism center and entrepreneurs at the KUeH Cafe, Section 13 Shah Alam, Selangor.





Rentetan kepada lawatan sambil belajar ke wilayah Chantaburi oleh Sifu Raymond Jewel dan rakan-rakan membawa angin perubahan kepada dunia tanaman durian tempatan. Mereka sebagai agen perubahan ini dilihat bersungguh-sungguh membawa masuk ilmu yang telah lama dipraktikkan di negara jiran sehinggakan industri durian mereka jauh lebih maju dan hebat daripada negara kita. Oleh yang demikian, ramai pekebun-pekebun dan pengusaha Agropelancongan kini beralih kepada teknik siam yang lebih efektif dari aspek jarak tanaman, kaedah pengairan, pengurusan ladang, kaedah pembajaan, proses pembuahan, dan pengeluaran hasil yang maksima.

The sequence of study tours to the Chantaburi region by Sifu Raymond Jewel and colleagues led to winds of change to the local durian crop world. Those who are agents of this change are seen to bring in long-established knowledge in their neighbors so much that their durian industry is far superior to our country. As such, many agro-tourism growers and entrepreneurs are now shifting to more sophisticated siam techniques from plant spacing, irrigation methods, farm management, fertilization methods, fertilization processes, and maximum yield production.



Pertemuan julung kali ini menghimpunkan pekebun, pemilik perusahaan Agropelancongan dan pencinta durian bertukar-tukar pendapat dan idea berdasarkan pengalaman masing-masing. Kekuatan jaringan bersandarkan kepada minat mendalam masing-masing terhadap durian membawa semua bertemu pada majlis ini. 

Turut hadir selaku penganjur Sifu Raymond Jewel yang berpangkalan di Jelebu dan penaja iaitu Tn Hj. Khuzaifah Azlan selaku pemilik kepada Teratak Chutiah, Changlun melalui syarikat Angkatan Ternak & Tani - Changlun Sdn Bhd yang menawarkan khidmat penginapan di dalam dusun dan pelbagai aktiviti menarik khusus kepada pencinta durian dan suasana alam semulajadi.

This first meeting brings together growers, owners of Agropelancongan companies and lovers of durians to exchange views and ideas based on their experiences. The strength of the network is dependent on their deep interest in durian bringing everyone to meet at this event.

Also present was the organizer of Sifu Raymond Jewel based at Jelebu and sponsored by Tn Hj. Khuzaifah Azlan, the owner of Teratak Chutiah, Changlun through the Angkatan Ternak & Tani - Changlun Sdn Bhd company which offers accommodation services in the hamlet and various special activities for lovers of nature.



Selain daripada itu, diantara nama-nama besar dalam dunia pertanian dan penanaman durian yang turut hadir ialah Dato Nordin pemilik kepada Terra Tropika Nursery yang berpangkalan di Shah Alam, Tuan Hj. Nadzham Nazir pemilik kepada TheTribe at Janda Baik, Tengku Adlie pemilik kepada Adlie's Orchard di Tanjung Malim, Tuan Ben Hamzah peneraju industri baja pertanian berjenama Fast Grow, Tuan Papa Razit (Johor) , Prof. Wan Kamil (Bentong - Ulu Slim), Tuan Yaacob Sarani (Broga), Tuan Zaidi (Sungai Mela) , Cik Ning (Slim River), Tuan Samsul (Rembau) , Tuan Abdul Wahab (Kuala Pilah) , Tuan Daniel Arif (Batang Kali) dan Cikgu Suffi mewakili D' Nims Duriotourism (Terong).

Pertemuan ini atas tiket 'MINAT MENDALAM' terhadap Durian menyaksikan pertemuan ahli dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang pekerjaan. Perbezaan status dan latar belakang tidak menjadi ukuran kerana masing-masing berdiri di atas minat yang sama dan persamaan ini diraikan dengan cukup meriah. Semoga lebih banyak majlis-majlis seperti ini diadakan untuk meningkatkan keyakinan dan semangat para pengusaha Agropelancongan tanah air. 

Terima Kasih.

Apart from that, among the big names in agriculture and the durian planting were also the owners of Terra Tropika Nursery based in Shah Alam, Tuan Hj. Nadzham Nazir, owner of The Tribe at Janda Baik, Tengku Adlie, owner of Adlie's Orchard in Tanjung Malim, Mr. Ben Hamzah, leader of Fast Grow branded farming industry, Mr. Papa Razit, Prof. Wan Kamil, Mr. Yaacob Sarani, Mr. Zaidi, Mr. Ning and Mr. Suffi representing D 'Nims Duriotourism.

This meeting on 'INTERESTING' tickets to Durian saw a meeting of experts from various ages and backgrounds of work. Status and background differences are not measurable as each stands on the same interest and this equation is celebrated with enough lively. Hopefully more such occasions will be held to increase the confidence and enthusiasm of the entrepreneurial tourism entrepreneurs.

Thank you.



Makanan sedap, suasana kondusif dan unik, cuma jarak antara meja terlalu dekat dan pergerakan kadangkala terbatas. Secara keseluruhannya dikategorikan cemerlang dan Duriotourism.com memberikan 5 Bintang untuk pangalaman berbuka puasa di KUeH Cafe. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top