Translate Duriotourism.com

TAMAN DURIOTOURISM MARDI KUALA KANGSAR, PERAK

By Yu. Suffi Yusof - January 16, 2019



Ada sebab mengapa anda perlu mengunjungi destinasi agropelancongan ini.

 * TAMAN DURIOTOURISM MARDI KUALA KANGSAR, PERAK Destinasi ini sesuai untuk peminat tegar atau ‘hantu’ durian. Terletak di Kampung Talang Hulu, ladang ini merupakan tarikan baharu agropelancongan berasaskan durian pertama di negara ini. “Dengan hanya bayaran sebanyak RM50 seorang, pengunjungi berpeluang merasai pelbagai jenis durian berkualiti tinggi termasuk durian hibrid pertama negara ini iaitu D24, D179, MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88. “Pengunjung juga berpeluang melawat dan merasai pengalaman sebenar di ladang dengan menaiki tram selain menikmati raja buah itu secara segar terus dari ladang” demikian menurut Pengarah Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta MARDI, Azman Mohd. Saad. Buah-buahan lain seperti limau bali, manggis dan rambutan turut terdapat di ladang berkeluasan 40 hektar.

 Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/pelancongan/destinasi-wajib-singgah-1.577968#ixzz5ckupYj2q © Utusan Melayu (M) Bhd

  • Share:

You Might Also Like

1 comments