Durian ioi diantara varieti Durian wajib tanam di dusun!

Durian ioi diantara varieti Durian wajib tanam di dusun!


Durian ioi dengan id pendaftaran D168 Hjh Hasmah atau Mas Muar ini memang popular di kalangan penggemar durian.

Durian yang berduri lembut dan berwarna hijau ini jika dilihat dari jauh seakan-akan masih belum masak.

Mempunyai kulit bersaiz nipis, dan buahnya juga bila dipegang berasa ringan. Buah ini mempunyai berat 1.2KG dan dibeli dengan harga RM30 Sebiji.







Buah ini mungkin sudah hari kedua namun pangsa masih belum merekah. Apa yang menarik, saya membuka buah ini tanpa menggunakan pisau dan ternyata ianya dari jenis buah yang tidak susah untuk dibuka. Warna kuning dan oren yang terpancar sangat memikat hati!.




Memiliki tekstur isi yang lebih cair daripada D24 atau Musang King, Durian ioi memiliki rasa manis, lemak dan beraroma sederhana. Selain itu bau dan warna mampu menyebabkan kita berkata 'wow!' semasa membukanya!


Walaupun tidak semua berbiji kesep, namun isinya sangat tebal dan 3 ulas sudah cukup untuk menjadikan kita puas menikmatinya.

Berduri panjang dan lembut, kedudukan duri yang agak rapat, kulit nipis, biji kecil dan isi tebal menyebabkan saya berpendapat durian ini diantara varieti durian yang wajib ada di setiap dusun durian di Malaysia yang mengusahakan duriotourism .

Dengan menyajikan sesuatu yang bernilai komersial seperti ini kita dapat memuaskan hati pengunjung dengan menikmati durian yang enak dan berbaloi dengan bayaran yang mereka keluarkan!.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top