RARE - Durian Bunga Merah

RARE - Durian Bunga Merah


Durian Bunga Merah Kuala Kangsar ini diperkenalkan oleh Saudara Safirol Ahmad selaku pemilik Famies Group Nursery. Berpangkalan di Kuala Kangsar, beliau juga memiliki banyak klon rare yang masih belum didaftarkan dengan jabatan pertanian. Mewarisi usaha ayahnya, kini Safirol memiliki 3 buah nursery yang membekalkan benih pokok durian pelbagai saiz dan varieti yang disahkan keasliannya oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 


Durian Bunga Merah Kuala Kangsar is introduced by Saudara Safirol Ahmad as the owner of Famies Group Nursery. Based in Kuala Kangsar, he also has many rare clones that have not yet been registered with the agriculture department. In harmony with his father's business, Safirol currently has 3 nurseries that supply durian seed seeds of various sizes and varieties certified by the Department of Agriculture Malaysia.






Durian ini klon yang masih belum didaftarkan dan masih dalam kategori 'Rare' yang menjadi buruan pekebun-pekebun yang telah melihat gambarnya. Nama 'Bunga Merah' diberikan sempena dengan bunganya yang berwarna merah seperti gambar yang dikongsikan oleh Saudara Safirol sendiri :

Durian is a clone that has not been registered yet and is still in the category 'Rare' which has been the hunt for the gardeners who have seen the picture. The name 'Red Flowers' is given in conjunction with the red flowers as the pictures shared by Safirol himself:


Memiliki bunga yang lain dari yang lain, begitu juga isinya yang sangat menarik perhatian! 
Have other flowers from the others, as well as the content of interest! 

  

manakala gambar di atas dikongsi oleh Saudara Ben Hamzah selaku pembekal baja pertanian berjenama Fast Grow yang diambil semasa membuat lawatan ke dusun para pelanggannya. Namun walaupun memiliki bunga yang seakan-akan sama tetapi masih tidak sama dengan yang dikongsikan oleh Saudara Safirol Ahmad. 

while the picture above was shared by Brother Ben Hamzah as the Fast Grow branded fertilizer farmer that was taken while visiting the hamlet of its customers. But despite having the same flower but still not the same as shared by Safirol Ahmad.


Manakala gambar di atas dikongsikan oleh Saudara Rosli Hanafiah, pokok yang rendang dan berbunga merah namun tidak dikongsikan bentuk buah dan isinya untuk dibandingkan. Seterusnya Saudara Zaman Jamil pula berkongsi bentuk buah dan isi Bunga Merah Segamat yang diberi sempena lokasi beliau membeli buah durian tersebut dan kali ini kelihatan isinya seakan-akan sama dari segi warna cuma bentuk isi dan kulit agak berbeza. 

Whereas the above picture was shared by Brother Rosli Hanafiah, a shady tree and red flowering but did not share the shape of the fruit and its content to be compared. Next Zaman Jamil shares the fruit form and contains Segamat Red Flowers, given the location where he bought the durian fruit and this time it looks like the color in the form of the contents and the skin is quite different.



Di dalam post yang sama, Saudara Zaidi Dali berkongsi gambar buah durian yang dibelinya di Yong Peng dengan nama 'Durian Emas' kelihatan seakan-akan mirip dengan apa yang dikongsikan oleh Saudara Safirol Ahmad. 

In the same post, Brother Zaidi Dali shared a picture of the durian fruit he bought at Yong Peng with the name 'Durian Emas' appearing to be similar to what Safirol Ahmad shared.




Gambar di atas kelihatan seakan-akan sama dengan varieti yang dimaksudkan. Sehingga kini ada beberapa gambar yang diperlukan untuk melengkapkan infografik varieti ini, sekiranya anda mempunyai maklumat boleh klik link di bawah infrografik ini untuk menyumbang maklumat berkaitan varieti ini. Terima Kasih. 

The picture above appears to be the same as the intended varieties. Until now there are some pictures needed to complete the infographic of this variety, if you have any clickable information under this infographic to contribute information about this variety. Thank you.


Sekiranya anda memilik gambar 'Flower bud' , bentuk pangkal, dan Hujung/Pangsa Varieti ini, sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar. 


If you have a picture of 'Flower bud', the base form, and the End / Varieties of this Variety, please CLICK  on this link to make a picture.

Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top