D158/D130 - Durian Tangkai Panjang

D158/D130 - Durian Tangkai Panjang


D158 - Kan Yau / Tangkai Panjang

Gambar isi durian D158 - Kan Yau / Tangkai Panjang yang dikongsi oleh Perak Agro


Buah bulat bujur berwarna perang, tangkainya sangat panjang (17cm). Ulasnya besar dan berwarna kuning emas. Rasanya manis.


D130 - Kan yau Tangkai Panjang




Sekiranya anda memilik gambar 'Flower bud' , Biji  dan Bentuk Daun Varieti ini, sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar. 

Maklumat lengkap oleh pvpbkkt.doa : 

Nombor Pendaftaran Variety : D158
Nama Varieti : Tangkai Panjang ( Kam Yau )
Panjang Buah : sederhana(23.7cm)
Lebar Buah : sederhana(20.6cm)
Nisbah Panjang Kepada Lebar Buah : 1.15:1
Saiz Buah : sederhana(1.6kg)
Bentuk Buah : ovat
Bentuk Bahu Buah : sedikit rata
Bentuk Hujung Buah : melekuk sedikit
Panjang Tangkai Buah : panjang(9.7cm)
Garispusat Tangkai Buah : kasar(2.1cm)
Susunan Duri Keliling Tangkai Buah : duri halus bergabung
Susunan Duri DiHujung Buah : duri halus pendek
Bentuk Duri DiPangsa Buah : duri kasar sederhana panjang
Bentuk Pangsa Buah : berkop
Kejelasan Pangsa Buah : jelas
Jenis Duri Antara Pangsa Buah : sama dengan duri pangsa
Keadaan Duri DiPangsa Buah : bengkok bertaup kedalam
Warna Hujung Duri : perang
Warna Tengah Duri : hijau tua
Warna Pangkal Duri : hijau tua
Kesenangan Membuka Buah : senang
Tebal Kulit Buah : nipis(0.8cm)
Tempoh Masa Matang Buah : lewat
Warna Isi : kuning
Saiz Ulas : sederhana
Tebal Isi : tebal
Kemanisan Isi : sederhana
Rasa Pahit : tiada
Rasa Lemak : sederhana
Tekstur Isi : halus
Kepejalan Isi : lembik
Aroma Isi : sedikit
Peratus Berat Isi Kepada Berat Buah : 0.329
Bil. Ulas Sepangsa : 3
Peratus Biji Penuh : 60
Peratus Biji Separuh Penuh : 30
Peratus Biji Kesep : 10
Saiz Biji : sederhana

Sekiranya anda memilik varieti lain yang lebih menarik!  sila klik link ini untuk memberi sumbangan gambar dan butirannya. 
Yu. Suffi Yusof

Seorang guru yang sangat obses dengan dunia pendidikan digital dan pertanian moden. Memiliki minat mendalam dengan dunia grafik, penerbitan video, animasi dan pengurusan sumber manusia.Terus menyumbang selagi hayat dikandung badan. Biar jasa jadi kenangan.

Post a Comment

To Top